Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 maKsiaT yG meNuruNkaN baLa


  1. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
    1.       apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
    2.       apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
    3.       zakat dijadikan hutang
    4.       suami memperturutkan kehendak isteri
    5.       anak derhaka terhadap ibunya;
    6.       sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
    7.       ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
    8.       suara sudah ditinggikan di dalam masjid
    9.       yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
    10.   seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
    11.   khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
    12.   kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
    13.   para artis-artis disanjung-sanjung
    14.   muzik banyak dimainkan
    15.   generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)


    Keterangan:
    Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

    Kitab rujukan: 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah.

    "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"